Suara hidup

Aku masih punya rencana.
Tentang rencana membina kehidupan.
Setiap satunya teliti aku corakkan.
Namun, tetap sahaja sia-sia.

Tentang harapan yang aku taburkan
bersama doa yang ditadah dan tetesan hujan di mata sendiri.
Berapa lama Tuhan mahu tarik nikmat senyum aku?

Apa perlu sahaja aku menyerah sama dugaan Tuhan?
Apa perlu sahaja aku mengalah sama namanya Tabah?
Apa perlu sahaja aku biarkan resah tergantung didada?
Apa perlu sahaja aku berhenti menganyam harapan?
Apa perlu?

Tabah itu terlalu klise.
Ter - la - lu.

10 comments:

  1. Terusan tabah. Tuhan lebih daripada mengerti.

    ReplyDelete
  2. selalu saja aku pura-pura aku tabah.
    setiap hari-hari yang datang yang lalunya diduga.
    yang setiap bahagia aku diragut tanpa ehsan,
    yang setiap senyum aku, cuma lukisan.

    apa masih tuhan dengar ?
    apa masih ada bayangan samar ?
    yang bahagia itu didepan ?

    apa masih aku punya impian ?
    apa masih ; jiwanya mati.

    ReplyDelete
  3. could you please be stronger for some more? just a bit more.

    ReplyDelete